MAIN SEMUA PERMAINAN, ABAM CABAR DIRI

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 09 Oct 2016 06:00:43


Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mengakui bertubuh badan besar tidak menjadi halangan bertanding di dalam Super Spontan Superstar (SS Superstar).

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, tahun ini dia mencabar dirinya untuk melakukan semua perkara yang dilihat agak mustahil dilakukan oleh orang berbadan besar.

"SS Superstar kali ini saya telah mencabar diri untuk melakukan dan melibatkan diri dalam setiap permainan walaupun ia dilihat agak mustahil untuk saya lakukan.

"Tahun lepas saya rasa seperti tidak mampu untuk lakukan tetapi tahun ini saya telah ubah serta cara berfikir iaitu jika orang lain boleh buat kenapa tidak saya dan itu yang terapkan dalam diri pada setiap permainan," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, bila ditanya mengenai duit kemenangan yang dimenangi, Abam berkata, dia akan mengunakan duit berkenaan untuk pergi bercuti bersama keluarga dan berehat untuk mendapatkan ketenangan.

"Duit hasil kemenangan ini saya akan bawa mak untuk pergi bercuti ke pulau-pulau untuk berehat.

"Saya nak tenangkan fikiran sebentar kerana sebelum ini sibuk dengan Maharaja Lawak Mega dan seterusnya terus ke super spontan jadi saya juga perlukan rehat sebentar," jelasnya. 

Abam yang juga merupakan anggota kumpulan Harimau Hipster menjadi Naib Johan sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala, Johan yang merupakan anggota kumpulan Monyet Mafia berjaya menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Sementara Achey menduduki tempat ketiga yang turut membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi.

Sementara Fad, Ozlyn, Tauke terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 setiap seorang.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts