by Oh! Semput
Tun Dr Mahahtir Mohamad (kanan) bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) di majlis pelancaran lagu dan laman web PPBM di Shah Alam pada 7 Januari 2017. ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 22 Mei — Sentiasa membaca buku antara empat amalan asas Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sihat sehingga lebih 90 tahun.
Tiga lagi rahsianya, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan berhenti makan sebelum kenyang, jelas mantan perdana menteri itu di Twitter.
Mahathir, kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mendedahkan resipi hidupnya itu sebagai menjawab soalan yang sering diajukan kepadanya.
Selepas memimpin negara selama 22 tahun sehingga 2003, beliau masih aktif dalam politik, termasuk menentang pengganti pilihannya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mendirikan PPBM bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Susulan itu, Mahathir yang aktif memenuhi undangan politik Pakatan Harapan dilihat sebagai simbol baru gabungan pembangkang itu.