“Sepatutnya Bila Bawa Imej Islamik….” – Aisyah Hijanah Mohon Maaf Isu ‘Reka Sendiri’ Ayat Al-Quran

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 26 Jun 2026 10:03:03

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafannya susulan isu buku dakwah terbitannya yang didakwa mengandungi kesalahan potongan ayat al-Quran.

Menerusi perkongsian tular sebelum ini, kesalahan tersebut didakwa bukan sekadar melibatkan baris atau tanda bacaan, sebaliknya terdapat potongan ayat yang tidak wujud dalam al-Quran.

Advertisement

Susulan itu, Aisyah menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas perkara berkenaan.

Jelasnya, naskhah terbabit merupakan hasil penulisan bersama seorang ghostwriter, namun semakan lebih teliti sepatutnya dilakukan sebelum ia diterbitkan, apatah lagi apabila melibatkan ayat suci al-Quran.

“Sepatutnya dengan membawa imej figura Islamik, Aisyah perlu lebih berhati-hati dalam setiap yang dibawa kepada pembacaan mahupun penggunaan masyarakat,” katanya.

Aisyah turut menerima segala teguran dengan hati terbuka dan memilih untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Didakwa Cipta ‘Ayat Al-Quran’ Sendiri Dalam Buku, Individu Mohon KDN Ambil Tindakan Segera Terhadap Aisyah Hijanah

“Aisyah mengambil iktibar daripada hal ini & bertindak yang sewajarnya agar kesilapan tersebut boleh diperbaiki dengan baik.”

“Terima kasih di atas teguran & permohonan penambahbaikan daripada pihak Aisyah. Semoga hal ini tidak akan berulang lagi mahupun dari sudut naskah pembacaan, video dan penulisan di media sosial,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Aisyah berkata pihaknya telah menghentikan sementara jualan semua buku di bawah penerbitannya serta menarik semula naskhah terbabit daripada semua platform jualan.

Menurutnya, versi yang dikemaskini dalam bentuk digital juga telah disediakan kepada pembaca yang menginginkan naskhah tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-26 14:46:31

Didakwa Cipta 'Ayat Al-Quran' Sendiri Dalam Buku, Individu Mohon KDN Ambil Tindakan Segera Terhadap Aisyah Hijanah

“Sepatutnya Bila Bawa Imej Islamik….” – Aisyah Hijanah Mohon Maaf Isu ‘Reka Sendiri’ Ayat Al-Quran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts