Seorang lelaki yang dikenali sebagai Apengg Impian telah memuat naik beberapa gambar yang memaparkan anaknya memakan satu jenis gula-gula berbentuk seperti pewangi ketiak yang berjenama.
Perkongsian lelaki ini telah mendapat respon dari netizen yang mengatakan kes ini amat membimbangkan para ibu bapa, apabila kanak-kanak telah memakannya tidak mustahil apabila mereka menjumpai pewangi ketiak di rumah yang disangkakan gula-gula, mereka akan memakannya dan mungkin akan membahayakan nyawa kanak-kanak itu sendiri kerana bahan itu dikhuatiri beracun.
Berikut adalah situasi yang diceritakan Apengg ketika dia terjumpa anaknya sedang memakan gula-gula yang dikatakan seperti pewangi ketiak atau dipanggil deodorant itu.
Oleh:
Apengg ImpianBentuknya Sama Seperti Pewangi Ketiak
Ya Allah, terkejutnya ayah bila ayah tengok anak ayah makan gula-gula yang hampir sama dengan pewangi ketiak ayah yang berjenama Deodorant Nivea.
Betul-betul saya terkejut tadi, saya terus bertanya kepada anak, di mana dia membeli gula-gula macam ni. Kata anak saya, dia membeli di luar pagar sekolah.
Lalu anak saya, si abang bertanya kepada saya, kenapa ayah tanya? Saya hanya menjawab gula-gula tersebut seperti saya punya pewangi ketiak.
Saya sempat berpesan pada si abang agar tidak menunjukkan gula-gula tersebut kepada adik-adik yang lain. Bimbang jika si adik pula akan mengambil saya punya Deodorant dan makan. Kalau adik sakit perut muntah-muntah mati keracunan, macamana?
Si abang terus menjawab, betullah ayah, sama macam Deodorant ayah. Adik masih kecil lagi belum tahu apa-apa. Ok ayah, abang tak akan bawa balik lagi ke rumah gula-gula ini. Si abang telah berjanji tidak akan menunjukkan gula-gula itu kepada si adik.
Kesimpulannya, kepada semua peniaga-peniaga di luar sekolah atau di mana-mana, Apeng meminta supaya jangan menjual gula-gula atau makanan ringan yang menyerupai pewangi ketiak orang dewasa atau yang sama dengan bahan-bahan botol beracun. Ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak sekiranya mereka mengatakan bahan seperti itu makanan sedangkan ianya beracun.
Semua jenis atau seumpama itu amat memberhaya kepada kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. Sila sebarkan untuk kebaikan semua. Apeng mengakhiri perbualannya. -