Saya Serius Dengan Erra, Doakan Kami - Shahir

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 21 May 2017 18:01:04

Juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawai mengakui dirinya serius berkawan dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira.

"Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

"Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami.

"Saya memohon doa semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampau waktu yang sesuai, akan ada berita baik," kata Shahir kepada Astro Gempak.

Hampir tiga tahun menghilang, Shahir muncul memberikan sokongan di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).

Shahir juga menegaskan kehilangan dirinya adalah bukan kerana dia merajuk dengan industri hiburan.

"Saya hilang bukan sebab merajuk. Saya tidak tampil ke hadapan kerana saya menguruskan perniagaan di kampung halaman.

"Saya memang mengambil keputusan untuk tidak muncul dan mendiamkan diri dari bidang seni kerana saya sibuk menguruskan perniagaan.

"Aktiviti seni kebanyakkannya tertumpu di Kuala Lumpur dan saya pula di kampung. Saya tidak mahu menyusahkan banyak pihak sekiranya saya gagal membahagikan masa dan komitmen.

"Kini saya bersedia untuk kembali ke persada hiburan. Ramai juga peminat yang menanti dan bertanya mengenai produk terbaru saya.

"Saya sudah mempunyai material untuk merakamkan lagu baru dan saya memohon doa peminat agar segalanya dipermudahkan," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts