MP Shah Alam setuju tak lagi label ketua Baju Merah

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 08:01:06

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak akan menarik balik beberapa gelaran yang dilemparkan terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ini kerana, katanya, gelaran ‘Jamal Jamban’, ‘Jamal Pak Tongkol’ dan ‘Jamal Samseng’ ke atas Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah bukan datang daripadanya.

Sebaliknya, menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, gelaran berkenaan menjadi sebutan orang ramai sebelum ini berikutan tindakan Jamal sendiri.

“Tak ada apa yang perlu saya nak tarik balik atau pun minta maaf dan sebagainya kerana perkara itu sudah sedia maklum.

“Saya jelaskan yang panggil ‘Jamal Jamban’ bukan saya tapi orang ramai yamg panggil kerana dia buat sidang media dalam jamban.

“Tapi tak apalah kalau lepas ini dia tak nak orang panggil dia ‘Jamal Jamban’ maka janganlah buat sidang media dalam jamban,” kata Khalid pada sidang media di ibu pejabat AMANAH, di Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, menurutnya, gelaran yang disandang Jamal adalah kebanggaan ketua Baju Merah itu.

“Saya ingat dia bangga di mana dia merupakan satu-satunya manusia dalam dunia ini yang buat sidang media dalam jamban, lalu bila dia bangga begitu maka bila saya panggil dia ‘Jamal Jamban’ dia seronoklahkan.

“Itu satu pengiktirafan.Orang panggil dia berdasarkan apa yang dia buat, jadi kalau tak suka dipanggil sebegitu janganlah buat perangai samseng begitu juga dengan gelaran ‘Jamal Pak Tongkol,” kata Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau tidak akan memanggil Jamal sebegitu lagi memandangkan tuan punya badan tidak suka dengan gelaran tersebut.

Namun, katanya, Jamal pula haruslah tidak bertindak sedemikian lagi.

“Tapi kalau dia rasa tidak bagus tak apalah lepas ini saya tak akan panggil dia ‘Jamal Jamban’ lagi sebab saya pun tak mahu panggil orang dengan panggilan yang dia tak suka.

“Saya ingat dia suka, ada juga yang panggil ‘Jamal Samseng’ tapi bukan saya yang panggil tapi dia kena fahamlah kalau terus bertindak sebagai samseng orang akan panggil ‘Jamal Samseng’,” kata Khalid.

Jamal sebelum ini memberi amaran kepada Khalid supaya menarik balik kenyataan yang menggelarnya sebagai ‘Jamal Jamban’, ‘Jamal Pak Tongkol’ dan Jamal Samseng’ dalam masa 24 jam.

Malah menurut Jamal, beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak menyaman Khalid sekiranya pemimpin AMANAH itu enggan meminta maaf dalam masa 24 jam.

Khalid dilaporkan pada satu sidang media Khamis lalu berkata cubaan serangan ke atas dirinya oleh sekumpulan pemuda daripada Pasir Salak adalah contoh Umno sebuah parti ‘gangster’.

Beliau turut menamakan ‘Jamal Jamban’ adalah contoh terbaik Umno adalah parti ‘samseng’.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts