Shahidan Mahu Pastikan Koordinasi Pasukan Penyelamat

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 04:01:08

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau akan memastikan koordinasi pasukan penyelamat di kawasan bencana mantap terutama ketika banjir.

Beliau berkata ribuan anggota penyelamat sentiasa berada dalam keadaan bersedia dengan cuti sebahagian besar daripada mereka telah dibekukan bagi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar.

“Saya percaya di peringkat awal semasa hujan turun mereka (pasukan penyelamat) mungkin tidak menjangkakan (banjir) sampai ke tahap tersebut.

“Bagaimanapun ia (operasi menyelamat) berjalan dengan lancar.

Bila dapat maklumat semua (aset dan anggota) digerakkan dengan sewajarnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Shahidan berkata bekalan makanan juga mencukupi dan telah disediakan lebih awal menerusi pangkalan hadapan yang diwujudkan di beberapa kawasan strategik.

“Kalau ada kekurangan makanan saya tak akan biarkan ia berlaku. Kita meletakkan bila berlaku bencana begini, mangsa hendaklah diberi layanan yang terbaik. Beri layanan ‘diraja’ kepada mangsa sebab mereka ditimpa becana,” katanya.

Sejak semalam, Kelantan dan Terengganu mula dilanda banjir dengan ribuan mangsa dipindahkan sehingga menyebabkan terdapat sekolah tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts