Shahidan syor kem pelarian Rohingya di utara Semenanjung

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 06:01:01

KANGAR: Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan membuka kem pelarian Rohingya di utara Semenanjung bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman etnik di Myanmar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata cadangan terbabit sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, baru-baru ini.

Sekiranya diterima, katanya, kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand paling sesuai dijadikan kem pelarian berkenaan.

“Kawasan berdekatan sempadan seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan paling sesuai dijadikan kem bagi pelarian Rohingya.

“Kem ini sementara sahaja dan sebelum (pelarian) diambil, perlu ditapis dahulu bagi memastikan tiada pihak cuba ambil kesempatan ke negara ini sebelum dihantar ke negara ketiga,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts