Shahrir Samad: Felda Lantik Firma Asing Nilai Aset-Aset Untuk Di Jual

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 01 Mar 2017 05:01:17

KUALA LUMPUR: Felda melantik sebuah firma berpusat di London untuk membuat penilaian bagi penjualan asetnya di ibu kota Britain itu.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata firma itu kini dalam peringkat awal menilai aset yang akan dijual seperti diumum sebelum ini.
“Apabila penilaian telah dibuat, kita akan balik semula kepada lembaga dan tawaran akan dibuat secara tender terbuka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan Open University Malaysia (OUM) di sini hari ini.
Sebelum ini Shahrir berkata Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningkatkan aliran tunai.
Antaranya aset yang akan dijual ialah hotel di London kerana nilainya dikatakan mengalami penyusutan mendadak. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts