Shailene Woodley Ditahan Polis Dalam Satu Protes

by Oh! Semput


0
SHARES
3
VIEWS
Posted on 12 Oct 2016 16:00:24

Shailene Woodley, aktres popular menerusi filem Divergent ditahan pihak polis apabila menyertai satu protes secara aman di Dakota Utara, Amerika Syarikat.

1010-shailene-woodley-mug-3

Selebriti popular ini juga sempat merakam video live di Facebook semasa dirinya ditahan oleh pihak polis. Shailene dikatakan telah menceroboh semasa melakukan protes aman berkenaan dengan projek perpaipan di Dakota yang menjadi kontroversi penduduk di situ.

Pelakon wanita ini bersama 100 orang penunjuk perasaan lain turut berada di tapak projek berkenaan. Sebaik polis tiba di tapak berkenaan, Shailene merupakan salah seorang yang menjadi tahanan dalam protes itu.

shailene-woodley-photos-hd

Shailene ditahan akibat melakukan dua jenis salah laku termasuklah mengikuti rusuhan itu. Menurut laporan polis, pihak projek tersebut telah pun memberi amaran kepada mereka untuk beredar, namun diabaikan. Ia menjadikan 27 orang penunjuk perasaan telah ditahan sama dengan Shailene.

 

Protes berkenaan diadakan kerana projek perpaipan itu telah mengganggu tanah suci Standing Rock Sioux dan lokasi pengebumian di sekitar kawasan itu. Namun, permohonan mereka di mahkamah untuk menghentikan projek berkenaan telah pun ditolak dan ini terus menjadikan masalah rusuhan tersebut.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts