Shopee Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall – Berkuat Kuasa 1 Februari 2026

by Oh! Semput


12
SHARES
157
VIEWS
Posted on 16 Jan 2026 17:30:32

Shopee sekali lagi bakal menaikkan kadar yuran komisen bagi penjual Marketplace dan Mall, berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Menurut halaman Shopee Seller, pelarasan kadar ini melibatkan semua penjual di bawah Shopee Mall dan Marketplace, sama ada yang menyertai program ‘cashback’ atau tidak.

Kenaikan ini melibatkan beberapa kategori produk utama termasuk gaya hidup, barangan FMCG dan elektronik.

Berdasarkan struktur yuran baharu, kadar komisen bagi penjual Shopee Mall kini mencecah sehingga 20%, khususnya bagi kategori barangan FMCG untuk penjual yang tidak menyertai program cashback.

Sebaliknya, kadar yuran komisen bagi penjual di Shopee Marketplace dilihat lebih terkawal, malah terdapat kategori tertentu yang mencatatkan sedikit penurunan kadar berbanding sebelum ini.

Terdahulu, Shopee telah beberapa kali melaksanakan penyelarasan yuran komisen dan caj lain kepada penjual, termasuk memperkenalkan Yuran Sokongan Platform pada Julai tahun lalu. Kali terakhir kadar yuran komisen dinaikkan ialah pada November 2025, khusus bagi penjual yang tidak menyertai program cashback.

{suggest}

Shopee Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall – Berkuat Kuasa 1 Februari 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts