by Oh! Semput
NGO kumpulan wartawan yang dikenali sebagai Gerakan Media Merdeka (Geramm) telah membidas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang dianggap sebagai tidak wajar beliau mengkritik secara lisan terhadap seorang wartawan arus perdana semasa sidang akhbar di rumah Zaid Ibrahim pagi semalam.
Merujuk kepada video insiden yang dimuat naik oleh KiniTV, Geramm berkata dalam satu kenyataan, bahawa “Lim kelihatan hilang sabar ketika ditanya sama ada beliau akan bercakap mengenai BMF, Bank Negara dan skandal forex dalam nada berbeza jika bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak sekutunya sekarang.”