Lim Kit Siang Akui RBA Sudah Berkubur

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 17 Feb 2017 06:00:40

RBA

KUALA LUMPUR – Tentera siber pro pembangkang, Red Bean Army atau dikenali sebagai RBA kini dikatakan telah berkubur dan tidak lagi menguasai Internet serta media sosial.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, perkara itu diakui sendiri oleh Lim Kit Siang menerusi artikel bertajuk ‘Most Ambitious Black Ops to Destroy DAP in Four Decades, Involving Minister and the Prime Minister Himself’ yang disiarkan melalui blog Penasihat DAP itu kelmarin.

Menurut beliau, difahamkan, beberapa individu penting telah meninggalkan RBA kerana mereka tidak lagi menerima bayaran yang tinggi berbanding sewaktu tentera siber pro pembangkang itu mula beroperasi pada 2004.

“Sejurus selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11), pakatan pembangkang mengalihkan kempen politiknya dengan memulakan perang siber dan kegiatan ini semakin rancak pada 2008, apabila DAP berjaya merampas Pulau Pinang, sekali gus memberikan parti itu akses kepada sejumlah dana yang besar.

“Ketika operasi itu mencapai kemuncaknya, DAP menggunakan beribu-ribu tentera siber yang ditugaskan untuk mendominasi Internet dengan melemparkan tohmahan negatif terhadap kerajaan, BN, UMNO, orang Melayu dan lain-lain,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts