Kondisi dalam kereta Ron Cornelius setelah keretanya dipandu beruang. (Foto: Durango Herald)
COLORADO – Seekor beruang terperangkap di dalam kereta. Dia menikmati perjalanan yang menyenangkan sebelum akhirnya terjungkal ke dasar bukit. Pemilik kereta malangvitu adalah seorang lelaki yang tinggal di Durango, Colorado, Amerika Syarikat. Ron Cornelius terbangun sebelum waktunya untuk menerima panggilan dari polis yang memberitahu keretanya ditemui hancur kerana kecelakaan.
Ron segera bergerak dan memeriksa halaman rumah tempat dia pakir kereta itu semalam. Benar saja, keretanya ghaib. Kotak suratnya juga rebah ke tanah. Dia fikir ini pencurian biasa. Baru setelah dia mendatangi lokasi kejadian dan melihat kerosakan dan kotoran segar di dalam keretanya, dia tahu pelaku sebenarnya. Seekor beruang.
“Biasanya, saya belum bangun pada pukul 05.00, kecuali jika ada seekor beruang memandu kereta di jalan,” celotehnya kepada Durango Herald, disunting dari BBC, Selasa (8/8/2017).
Jurucakap polis daerah La Plata, Dan Bender menjelaskan, beruang hitam besar itu sebenarnya hanya bermaksud mencari makanan di dalam kereta. Sebab makanan mereka di hutan sudah habis. Ia mengaku sudah terbiasa menerima laporan beruang yang masuk kereta penduduk setempat. Sedikitnya, dia menemui 2-3 beruang terperangkap di dalam kereta setiap minggu di kawasan tersebut.
Menariknya, kata Bender, beberapa ekor beruang mampu membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. Namun begitu, baru kali ini, dia mendapati ada beruang yang masuk dan tak boleh keluar, kemudian meluncur begitu saja bersama kereta yang disusupinya.
Tentu saja, beruang itu tidak boleh memandu . Bender yakin, beruang itu terkejut dan panik ketika menyedari keretanya bergerak. Dia mencuba menghentikan lajunya dan ingin keluar dari sana, tetapi berakhir dengan pijak pedal minyak.
Mamalia berbulu itu pasti ketakutan dan panik, dia juga marah. Pasalnya, ketika ditemui, kereta itu dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bukan saja kerana badan luar kereta hancur, tetapi dalamnya juga bernasib sama. Kaca depan pecah, jok habis tercabik-cabik, sterengnya tercabut dari dashboard, begitu juga radio, layar penunjuk kecepatan dan corong AC.
Dengan adanya kejadian ini, polis setempat mengingatkan penduduk setempat agar selalu mengeluarkan makanan dari kereta, juga untuk mengunci pintu kereta mereka sebelum ditinggal pergi atau tidur. : Youtube/Jeffco Sheriff
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta membawa anjing di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai arah selatan menerima pujian ramai di media sosial
Polis menahan 10 remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar dipukul secara berkumpulan ketika dalam perjalanan ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan solat Jumaat, dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Qualcomm sedia mengumumkan acara tahunan mereka, Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 22 September kelak. Kebiasaannya, pada acara Snapdragon Summit, pihak Qualcomm akan mengambil peluang mengumumkan sejumlah perkara, termasuk memperkenalkan cip m
Semalam Nothing Phone (1) menerima kemas kini tampalan sekuritinya yang terakhir. Ia melengkapkan kitaran sokongan 3 kemas kini Android dan 4 tahun tampalan sekuriti yang dijanjikan Nothing semasa Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022.Penamatan so
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuda Kepang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam
Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di seluruh negara diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai 2026
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Cashback Mai Langkawi Bayaq Satu, Free Satu! sebagai usaha memperkukuh pelancongan domestik serta menarik lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan.Pelanca
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat, pendirian kerajaa
KUANTAN: Pahang mencatat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM71 bilion pada tahun 2025 berbanding RM68.8 bilion pada tahun sebelumnya.Perkembangan itu berdasarkan Laporan KDNK Mengikut Negeri 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysi
Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas dipercayai membiarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bukaan bumbung (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Grand Saga, berhampiran Kampung Batu 10, Cheras, dalam kejadi