by Oh! Semput

KOTA KINABALU, 14 Dis – Satu siasatan sedang dijalankan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah terhadap bas ekspres yang viral selepas klip video bas itu memotong di garisan berkembar di Jalan Ranau-Telupid tersebar secara meluas di media sosial.
Memetik laporan yang disiarkan di Berita Harian pada selasa malam iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat video sebuah bas ekspres memintas treler di garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Ranau-Telupid.
Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian, berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai video itu dan sedang menyiasat.
“Kita menerima video yang bertarikh 11 Disember dengan kejadian dicatatkan pada jam 11.39 pagi membabitkan sebuah bas ekspres yang cuba memotong sebuah treler di kawasan berselekoh di Jalan Ranau-Telupid.
“Buat masa ini kami telah memulakan siasatan dan telah menghubungi syarikat pengendali bas yang berpangkalan di Semporna. Kita juga sudah mengambil keterangan,” kata Arfian Julian.
Terdahulu seorang pengguna media sosial facebook menjawab yang mendakwa dirinya adalah pemandu bas yang menjadi viral mejawab komen netizen. Bagaimanapun kenyataan pemandu itu bukan sahaja tidak disenangi netizen malah mengundang kemarahan mereka.
Baca Seterusnya Jawapan Pemandu Bas : ‘Penumpang Saya Pun Tak Bising‘