Sibuk rakam, suami cepat2 ‘cover’ lengan isteri dengan telekung raih pujian

by Oh! Semput


24
SHARES
317
VIEWS
Posted on 09 Feb 2021 14:01:51

Umumnya, dalam Islam menjadi satu kewajipan buat insan bergelar suami untuk mendidik isteri dalam mentaati perintah dan larangan agama Islam. Ini termasuklah dari segi aurat.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri ini pernah tular di laman media sosial apabila mereka diuji dengan keguguran janin.

Walaupun impian mereka untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian, namun Nur Aisyah bersama suami, Muhd Shaiful tetap tabah dan positif dengan ketentuan tersebut.

alt

@real.eycah

♬ Yakin Cintamu Ku Dapat – Kangen Band

Baru-baru ini, gelagat ‘sweet’ pasangan itu meraih perhatian warganet menerusi sebuah perkongsian mereka di aplikasi TikTok.

Dalam video berkenaan, dilihat Aisyah dan Shaiful baru selesai menunaikan solat berjemaah dan situasi itu dirakam oleh Aisyah menggunakan kamera telefon pintarnya.

@real.eycah

♬ original sound – favsoundds

Bagaimanapun, tindakan suaminya yang segera menutup lengan si isteri daripada terdedah sehingga menampakkan aurat dengan memegang kain telekung telah menarik perhatian warganet.

alt

Perkara itu membuatkan usahawan muda berkenaan tersenyum lebar apabila ia secara tidak langsung memperlihatkan kemesraan antara mereka berdua dan menunjukkan bahawa Shaiful merupakan suami yang baik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap Shaiful yang prihatin dalan menjaga aurat isterinya. Sementara itu, ramai juga yang memuji keserasian pasangan suami isteri terbabit.

alt

alt

Alhamdulillah! Semoga mereka berdua saling mendidik antara satu sama lain untuk menjadi insan yang lebih baik.

: TikTok Nur Aisyah

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts