Singapura Jadi Pasaran Pertama Premier League+

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 14 Aug 2026 14:30:15

Premier League secara rasmi melancarkan Premier League+ (PL+) di Singapura, sebuah servis penstriman terus kepada pengguna yang menawarkan kesemua 380 perlawanan liga secara langsung dalam satu platform.

Dilancarkan dengan kerjasama rakan penyiar jangka panjangnya, StarHub, PL+ turut menawarkan sejumlah ciri tambahan seperti paparan berbilang kamera, data masa nyata ketika perlawanan serta hab khusus untuk setiap kelab.

Selain perlawanan secara langsung, pelanggan boleh mengakses saluran 24 jam yang dihasilkan Premier League Studios. Kandungannya merangkumi sorotan perlawanan, rancangan studio secara langsung, dokumentari, program majalah serta kandungan Premier League Originals.

PL+ turut menyediakan tayangan semula perlawanan penuh, arkib perlawanan terdahulu, program pratonton dan ulasan serta pelbagai kandungan atas permintaan. Semua perlawanan boleh distrim sehingga resolusi 1080p Full HD, manakala beberapa perlawanan terpilih pada setiap minggu akan ditawarkan dalam resolusi 4K pada peranti yang menyokongnya.

Perlawanan pertama yang akan disiarkan secara langsung menerusi PL+ ialah aksi Community Shield antara Arsenal dan Manchester City pada 16 Ogos 2026. Sementara itu, perlawanan Premier League pertama di platform berkenaan membabitkan Arsenal menentang Coventry City pada 21 Ogos.

Bagi pelanggan StarHub, mereka masih boleh menikmati siaran langsung Premier League, Emirates FA Cup dan Community Shield melalui langganan sedia ada, selain mendapat akses kepada pengalaman tambahan yang disediakan menerusi PL+.

Premier League menyediakan tiga pilihan langganan untuk servis berkenaan iaitu pas 24 jam, bulanan dan tahunan.

Bagaimanapun, Premier League+ buat masa ini hanya tersedia di Singapura. Menurut Premier League, Singapura dipilih untuk memperkenalkan servis baharu tersebut kerana mempunyai komuniti penyokong bola sepak yang kuat, selain kerjasama sedia ada dengan StarHub.

{suggest}

Singapura Jadi Pasaran Pertama Premier League+ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts