Sistem Pacuan EV Terkini Geely Mencapai Kecekapan 93.8% – 8.20 kWh/100 km

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 17 Jul 2026 14:04:13

Geely Auto Group memperkenalkan sistem pacuan terkini yang mencapai tahap kecekapan menggunakan tenaga 93.8%. Ia dicapai dengan menggabungkan 16 fungsi teras sistem pacuan EV ke dalam satu unit hanya seberat 75 kg dan setinggi 12.8″. Semua modul utama digabungkan dalam satu unit yang mengurangkan kehilangan tenaga, mengurangkan berat dan menjimatkan ruang dalaman kenderaan.

Dalam ujian di Tasik Qinghai Lake, Geely Galaxy TT yang dilengkapi sistem pacuan 16-in-1 Intelligent Electric Drive. ini mencatatkan pengguna kuasa 8.20 kWh/100 km. Sistem ini turut menyokong konfigurasi dua motor AWD yang mencecah 570 HP YANG membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam 3.8 saat.

Kereta pertama yang menggunakan sistem pacuan terbaru ini ialah Geely Galaxy TT yang akan mula dijual pada bulan Ogos. Kerana Geely memegang beberapa jenama kereta terkemuka seperti Volvo dan Proton, mungkin teknologi ini akan digunapakai oleh jenama lain di bawah payung mereka

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts