Sistem Pembayaran Parkir Smart Selangor Dan Flexi Parking Kembali Beroperasi Sepenuhnya

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 10:33:52

Sistem pembayaran parkir Smart Selangor dan Flexi Parking yang sebelum ini tergendala akibat serangan siber kembali beroperasi sepenuhnya. Pengumuman ini dibuat oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya melalui media sosial rasminya malam tadi. Dengan pemulihan tersebut, semua aplikasi sokongan termasuk Smart Selangor Parking, Flexi Parking, JomParking, Touch ‘n Go eWallet, Setel dan lain-lain boleh digunakan semula untuk membuat bayaran parkir seperti biasa.

Ini juga bermakna masalah teknikal akibat serangan siber telah berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pengguna diwajibkan meneruskan pembayaran parkir melalui aplikasi yang tersedia seperti biasa. MBSJ turut menegaskan bahawa pengguna mesti membayar parkir seperti biasa, dan sekiranya gagal tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap kenderaan yang tidak membuat bayaran. Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Rantaian Mesra Sdn. Bhd. di 03-5650 0913.

Pada 29 Jun lalu, pelayan lama Smart Selangor dan Flexi Parking digodam melalui serangan SQL injection sehingga menyebabkan pengguna tidak dapat log masuk, menambah baki atau menghubungi sokongan. Syarikat pengendali, iaitu Leading Innovative Technologies & Systems (LiTS) segera menutup sistem pada petang hari yang sama dan mengambil masa 72 jam untuk proses pemulihan.

Selepas usaha tersebut, baki kredit pengguna berjaya dipulihkan pada 5 Julai 2026 dan sistem kembali beroperasi sepenuhnya. Wakil LiTS menegaskan bahawa tiada kata laluan atau maklumat log masuk yang bocor, dan insiden ini telah dimaklumkan kepada Bank Negara Malaysia serta Polis Diraja Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts