Soalan SPM Tentang Penjodoh Bilangan ‘Trending’, Netizen Hairan Ramai Calon Tak Boleh Jawab

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 24 Nov 2026 10:01:03

Soalan berkaitan penjodoh bilangan dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam menjadi topik hangat di media sosial selepas beberapa calon didakwa berdepan kesukaran menjawab soalan berkenaan.

Malah, terdapat segelintir pelajar yang dikatakan mempersoalkan kepentingan mempelajari penjodoh bilangan kerana jarang digunakan dalam kehidupan seharian.

Advertisement

Budak sekarang malas membaca?

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berpandangan bahawa situasi tersebut mungkin berpunca daripada amalan membaca yang semakin berkurangan.

Hal ini kerana penggunaan penjodoh bilangan lebih kerap ditemukan dalam penulisan berbanding perbualan harian.

Threads Threads

Dalam pada itu, seorang pengguna yang bekerja dalam bidang barangan kemas berkongsi bahawa penggunaan penjodoh bilangan sudah menjadi kebiasaan dalam urusan pekerjaannya.

Seorang ibu turut berkongsi pengalaman anaknya mempelajari penjodoh bilangan daripada seorang guru berbangsa Cina di sebuah sekolah dalam hospital sebagai persediaan menghadapi SPM.

Cikgu Zack Kirana pun ‘up’

Perkara itu turut meraih perhatian guru yang juga pempengaruh media sosial, Zack Kirana yang membuat hantaran di Threads berkaitan penjodoh  bilangan.

cikgu Zack Kirana

Pada masa yang sama, segelintir netizen menyuarakan kebimbangan tentang tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Malah ada yang turut mencadangkan dan berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kembalikan semula peperiksan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Threads penjodoh bilangan Threads penjodoh bilangan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

asyraf wajdi
2026-07-01 10:31:45

Lagi Tiga Bulan Nak SPM, 4 Pelajar MRSM Johor Dibuang, 2 Lagi Digantung Sekolah Susulan Kes Buli - "You Touch You Go"

Soalan SPM Tentang Penjodoh Bilangan ‘Trending’, Netizen Hairan Ramai Calon Tak Boleh Jawab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts