by Oh! Semput
SOCAR akan menghentikan perkhidmatan kereta sewa di Malaysia, dengan 31 Ogos 2026 ditetapkan sebagai hari terakhir kenderaan SOCAR boleh digunakan.
Menerusi e-mel yang dihantar kepada pengguna, syarikat itu berkata semua kenderaan SOCAR masih boleh digunakan sehingga tarikh akhir tersebut. Pengguna yang masih mempunyai perjalanan atau tempahan perlu merancangnya sebelum tarikh tersebut.
Bagi pengguna yang masih mempunyai baki dalam SOCAR Wallet, SOCAR menggalakkan mereka menggunakannya sebelum perkhidmatan ditamatkan. Sebarang baki yang masih ada selepas itu mungkin akan dipulangkan atau dipindahkan ke TREVO Wallet.
Pada masa sama, fungsi tambah nilai SOCAR Wallet akan dihentikan mulai 15 Ogos 2026. Pengguna disarankan menyemak baki Wallet masing-masing dan menggunakannya sebelum membuat perjalanan terakhir.
Baki yang masih tinggal selepas perkhidmatan berakhir pula akan melalui proses pemulangan mulai 1 September 2026. SOCAR berkata langkah dan arahan yang perlu dilakukan akan dimaklumkan terlebih dahulu menerusi saluran rasmi mereka.
Untuk langganan SOCAR, pembelian langganan baharu kini tidak lagi tersedia. Langganan sedia ada pula akan dihentikan sebagai sebahagian daripada proses penamatan perkhidmatan, dengan baki nilai yang layak akan dipulangkan secara prorata.

Dalam pada itu, SOCAR memaklumkan syarikat itu akan memperkenalkan tawaran langganan baharu menerusi TREVO.
Secara ringkasnya, tiga tarikh penting yang perlu diambil perhatian pengguna ialah 15 Ogos 2026 apabila tambah nilai SOCAR Wallet dihentikan, 31 Ogos 2026 yang merupakan hari terakhir kenderaan SOCAR boleh dipandu dan 1 September 2026 apabila proses pemulangan baki Wallet bermula.
{suggest}
SOCAR Hentikan Perkhidmatan Kereta Sewa Di Malaysia, 31 Ogos Hari Terakhir WISER.MY.