Sokongan Kemas Kini Nothing Phone (1) Ditamatkan Secara Rasmi

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 00:03:50

Semalam Nothing Phone (1) menerima kemas kini tampalan sekuritinya yang terakhir. Ia melengkapkan kitaran sokongan 3 kemas kini Android dan 4 tahun tampalan sekuriti yang dijanjikan Nothing semasa Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022.

Penamatan sokongan diumumkan Nothing menerusi forum rasmi. Dengan penamatan ini, sudah tiba masanya pemilik membeli peranti baharu sekiranya ingin mempunyai peranti dengan tampalan sekuriti terkini. Semasa dilancarkan empat tahun lalu, Phone (1) menarik perhatian ramai kerana rekaannya yang unik serta lain daripada yang lain.

Ia memulakan trend lutsinar dan penggunaan lampu berkelip Glyph pada panel belakang. Sistem operasinya juga menitik beratkan rekaan digital retro yang jauh berbeza dengan rekaan rata Android asal.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts