by Oh! Semput
Spotify kini berkongsi mereka telah mencapai rekod baharu dalam penawaran perkhidmatan mereka, dimana kini mereka mempunyai seramai 300 juta pelanggan berbayar dibawah mereka. Ini sekaligus menjadikan Spotify terus menerajui arena penstriman audio, dan jauh meninggalkan yang lain.
Secara keseluruhan, kini Spotify mempunyai 777 juta pengguna dibawah perkhidmatan mereka.


Kebelakangan ini juga Spotify telah mula menambah kandungan berbentuk podsiar dan juga buku audio, sekaligus memberikan lebih variasi kandungan selain lagu. Disamping itu, ia turut mengintegrasikan beberapa ciri pintar, termasuk Talk to Spotify untuk bertanyakan pelbagai perkara dan menemui kandungan baharu, selain ciri DJ untuk memberikan pengalaman audio serba baharu kepada pengguna.
Di Amerika Syarikat juga, Spotify telah mula bekerjasama dengan penyedia konsert, dan menjual tempahan tiket melalui Spotify.
Bergerak kehadapan, ia akan menarik untuk melihat apakah lagi bentuk penawaran baharu pada Spotify dalam terus memastikan ia menjadi perkhidmatan yang dituju berbanding dengan Apple Music dan yang lain-lain.