Starlink Perkenal Mini 2 – Dilengkapi Bateri Boleh Tukar, Pengecasan USB-C, Wi-Fi 6

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 11 Nov 2026 07:30:10

Starlink kini memperkenalkan Mini 2, terminal internet satelit mudah alih generasi baharu yang kini dilengkapi bateri boleh tanggal.

Starlink Mini 2_2

Dengan bateri terbina, peranti ini boleh beroperasi sehingga 4.5 jam dengan sekali cas penuh. Jika kehabisan bateri, pengguna boleh menukarnya dengan bateri simpanan yang dijual secara berasingan atau menyambungkan Mini 2 kepada pengecas 60W melalui USB-C untuk terus menggunakannya ketika bateri dicas.

Starlink Mini 2_5 Starlink Mini 2_5 (1) Starlink Mini 2_6

Penambahan bateri ini merupakan antara perubahan utama berbanding Starlink Mini generasi pertama yang memerlukan kabel kuasa DC untuk beroperasi.

Dari segi reka bentuk, Mini 2 mempunyai ketebalan 23.1mm, lebih nipis berbanding model asal yang berukuran 38.5mm. Walaupun begitu, penambahan bateri menjadikan peranti ini sedikit lebih berat dengan berat sekitar 1.6kg.

Starlink Mini 2_4

Ia turut mengekalkan penarafan IP67 yang memberikan perlindungan terhadap habuk dan air, selain dilengkapi Wi-Fi terbina yang menyokong Wi-Fi 6. Menurut Starlink, pengguna hanya memerlukan pandangan langit yang jelas untuk mendapatkan sambungan internet dalam masa sekitar 60 saat.

Ketersediaan

Introducing Mini 2, the next-generation portable Starlink. Get up to 4.5 hours of connectivity on a single charge with the quick-swap battery, or plug in with USB-C.

With built-in Wi-Fi, all you need is a clear view of the sky to get online in 60 seconds.

Preorders are now open… pic.twitter.com/VRTuJZVBnH

— Starlink (@Starlink) November 10, 2026

Buat masa ini, prapesan Starlink Mini 2 hanya dibuka melalui jemputan kepada pelanggan di Amerika Syarikat.

{suggest}

Starlink Perkenal Mini 2 – Dilengkapi Bateri Boleh Tukar, Pengecasan USB-C, Wi-Fi 6 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts