Studio Animasi Ejen Ali Mengesahkan Siri Animasi Baharu – “Gelecek” Dalam Pembangunan

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 19 Jul 2026 17:03:59

Sekitar dua tahun lepas, Wau Animation, iaitu studio animasi sebalik siri Ejen Ali telah mengacah sebuah siri animasi baharu yang akan datang, dinamakan “Gelecek”. Namun, ia sepi tanpa sebarang kemaskini sejak daripada itu – membuatkan ramai tertanya-tanya perkembangan siri animasi berkenaan.

Hari ini, menjelang perlawanan akhir FIFA World Cup 2026, pihak Wau Animation turut mengambil peluang dan mengeluarkan video acah terbaru, memperlihatkan secara ringkas bentuk animasi yang sedang dibangunkan untuk animasi Gelecek.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk animasi Gelecek ini. Namun, perkembangan dan kaedah animasinya dilihat menerima reaksi positif para peminat animasi seluruh negara. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Gelecek ini dalam masa terdekat.

Selain Gelecek, Wau Animation juga turut telah memulakan satu lagi projek animasi, iaitu animasi Nirnama.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts