by Oh! Semput
Usahawan yang dikenali sebagai Nara tampil bersuara selepas mendakwa dirinya direndahkan oleh suami kepada pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.
Menerusi perkongsian di Threads, Nara memuat naik sebuah video yang dipercayai merakam kenyataan Opai mengenai dirinya ketika berada di hadapan beberapa individu.

Menurut Nara, kenyataan tersebut membuatkan dirinya kurang senang memandangkan Opai didakwa tidak pernah berkomunikasi atau mengenalinya secara peribadi.
‘Ingatkan dah upgrade level artis, rupanya pilih jalan mudah.’
Itulah yang dikatakan mengenai saya, di hadapan orang lain.
Awak tak pernah pun bercakap dengan saya. Awak tak kenal saya secara peribadi. Langsung tak pernah.
Awak merendahkan seorang perempuan yang awak sendiri tak kenal, itu lebih banyak menceritakan tentang diri awak berbanding saya.
Dalam perkongsian sama, Nara turut mendakwa video berkenaan bukan baru diterimanya, sebaliknya sudah lama berada dalam simpanan.
Malah, dia juga mendakwa telah mendengar pelbagai perkara lain sebelum ini namun memilih untuk tidak bersuara lebih awal.
Cubaan yang baik, Opai. Untuk pengetahuan awak, video ini saya dah dapat lama. Banyak benda yang saya dah dengar. Mungkin hari ini adalah harinya.
Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan perhatian netizen yang mula mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku antara Nara dan Opai.

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian yang dibuat, Nara tidak memperincikan konteks penuh di sebalik kenyataan tersebut atau hubungan sebenar antara kedua-dua pihak.
Setakat bahan yang dikongsikan, dakwaan itu datang daripada pihak Nara dan belum ada penjelasan lanjut daripada Opai berhubung perkara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Dia Tak Tahu Ke Bini Dia Dulu Pun…” – Suami Fatin Afeefa, Opai Dikecam Rendahkan Wanita, Gelar ‘Cikaro’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.