Subahan Kamal Presiden Baharu FAS

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 24 Feb 2017 04:00:51

Subahan Kamal

SHAH ALAM: Kekosongan kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang belum ada pengganti sejak Disember lalu akhirnya diisi Datuk Seri Subahan Kamal.

Pelantikan Subahan dibuat melalui keputusan sebulat suara 95 ahli gabungan FAS dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) badan induk bola sepak negeri itu semalam.

Sebelum ini, Subahan dilaporkan akan menang tanpa bertanding selepas menjadi nama tunggal yang dicalonkan untuk mengisi jawatan Presiden FAS setelah tempoh pencalonan berakhir pada Khamis lalu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dipilih bagi membantu Subahan menerajui jawatankuasa eksekutif itu bagi sesi 2017-2021.

Jawatan naib presiden pula kekal dipertahankan K Palanisamy yang akan dibantu dua muka baharu iaitu Datuk Lim Thean Shiang dan Nizam Sani serta bekas Exco FAS, Abdul Rauf Ahmad.

Untuk 13 jawatan Exco FAS pula, lapan muka lama mengekalkan jawatan tersebut, selain menampilkan lima muka baru.

Lapan exco yang kekal itu ialah Datuk S Sivasundaram, Datuk Razak Abd Karim, K Santhanaraju, R Sekar Chandra, Mustaza Ahmad, Omar Ali, Datuk Ariffin Abd Hamid dan Datuk PS Sugumaran.

Lima exco baharu dilantik pula terdiri daripada Datuk Mohd Shahrizal Sahri, Simon Lim Swee Teck, Md Yunus @ Iskandar Md Noor, Nazzab Hidzan dan K Sanbagamaran.

Sementara itu, Subahan yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden FAS menarik nafas lega apabila pemilihan itu berjalan dengan lancar.

Beliau berkata, barisan kepimpinan baharu akan berusaha keras untuk memenuhi mandat yang diberikan 95 ahli gabungan FAS dengan meneruskan kesinambungan kemenangan pasukan.

“Saya suka terus-terang, untuk buat perubahan dalam pasukan ini ia akan memakan masa. Tiada magik, tiada jalan pintas, ia proses yang panjang. Saya lebih suka kepada proses kesinambungan kemenangan.

“Jadi diharap dengan barisan kepimpinan baharu ini kita dapat mencari dana untuk FAS dan meletakkan pasukan di landasan yang betul,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Subahan yang lantang memperjuangkan kepimpinannya menegaskan, beliau mampu me­laksanakan tugas Presiden FAS dengan baik sambil dibantu barisan kepimpinan baharu FAS yang terdiri daripada satu jawatan Timbalan Presiden FAS, Naib Presiden FAS (empat) dan 13 Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS.

“Sebagai presiden, kita meletakkan idea, hala tuju, visi dan misi kepada pengurusan. Bagi saya, 10 kerja pun saya boleh buat. Saya percaya jika orang itu tiada niat, tiada usaha (dan) tiada daya, bagi satu jawatan pun dia hanya panaskan kerusi sahaja, tidak buat kerja.

“Namun, jangan menidakkan seseorang. Saya yakin dengan kepimpinan saya. Saya yakin dengan semangat untuk melakukan yang terbaik atau mungkin lebih baik sebelum ini. Jadi, saya tidak risau dengan semua itu,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat EGM FAS semalam.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts