Sudah Meninggal Dunia Tapi Gaji Rm108K Belum Dapat, Nasib Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Jadi Tanda Tanya

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 16 Jul 2026 10:02:40

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Rosle Md. Derus dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat strok, memetik Harian Metro.

Berita pemergian Allahyarham disahkan Penang FC yang menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh komuniti bola sepak yang pernah mengenali jasa dan sumbangan beliau.

Advertisement

tunggakan gaji

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga,” menurut kenyataan rasmi Penang FC.

Allahyarham pernah menabur bakti bersama Penang FC dan turut dikenali sebagai jurulatih Olie. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC.

Tunggakan gaji

Di sebalik pemergiannya, Rosle difahamkan masih belum menerima tunggakan gaji dan elaun berjumlah RM108,000 daripada Kedah Darul Aman FC.

Terdahulu, keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia mengarahkan Kedah Darul Aman FC melunaskan tunggakan berkenaan, namun bayaran itu dilaporkan masih belum diselesaikan.

Harian

Pemergian Rosle sekali lagi mengundang perhatian terhadap isu tunggakan gaji dalam bola sepak tempatan, dengan ramai berharap hak Allahyarham dapat diselesaikan demi keluarganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

harith iskander
2026-07-15 16:35:55

Disaman Datin Seri Rosmah, Harith Iskander Beri Respon Susulan Kes 'Body Shaming'

Sudah Meninggal Dunia Tapi Gaji Rm108K Belum Dapat, Nasib Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Jadi Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts