by Oh! Semput
Sultan Johor bertitah kepada merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pagi ini, baginda juga menyelar media “cetek akal” yang mempersoalkan kewajaran kuasa raja dalam enakmen itu.
Enakmen itu diluluskan dengan 10 pindaan. Akhbar tersebut yang ditulis pada 2014 mempersoalkan institusi diraja.
“Bagi saya surat khabar seperti ini sudah tiada nilai dan hanya layak dijadikan pembungkus nasi lemak sahaja,” titah baginda yang dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.
Sultan Johor menasihatkan kerajaan negeri berhati-hati membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan desakan orang luar yang tidak mengetahui sejarah serta kaedah pentadbiran negeri itu.