Sultan Pahang Berkenan Terima Menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Shahzan House, Ampang

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 19 Jun 2026 16:32:07

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman di Shahzan House, Ampang di sini, semalam.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan selama sejam itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan terkini suruhanjaya tersebut.

Selain itu, SPRM turut mempersembahkan pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh integriti dan memerangi rasuah di negara ini.

"Pertemuan turut menyentuh isu-isu semasa berhubung tadbir urus, pencegahan rasuah serta inisiatif yang dilaksanakan SPRM dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan,"  menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan baginda meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan semasa SPRM.

Abdul Halim juga menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah demi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti di negara ini. #astroawani

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts