Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahirkan Rasa Dukacita Serta Sampaikan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Di Lebuhraya KL-Karak

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 15 Jun 2026 10:01:55

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, semalam.

Baginda berdua turut berdukacita menerima berita nahas yang meragut empat nyawa termasuk seorang bayi berusia setahun selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 43 lebuh raya berkenaan.

“Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang mendoakan agar roh kesemua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Paduka Baginda berdua turut menzahirkan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang sedang melalui saat-saat sukar dan penuh kesedihan susulan tragedi berkenaan.

“Semoga seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Terdahulu, empat mangsa disahkan maut termasuk seorang bayi apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan treler.

Selain bayi berusia setahun, Nayla Afya Aizat, tiga lagi mangsa yang maut dikenal pasti A Halim Hasoon, 55; Rozita Buang, 58 dan Norbahyah A Halim, 26.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu.#buletintv3

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts