by Oh! Semput
Datuk Seri Azmin Ali (tengah) berbual dengan exco PAS sebelum satu program di Sekinchan, 22 Mei 2017. — Foto ihsan Datuk Iskandar Samad KUALA LUMPUR, 25 Mei — Tiga exco PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor walau parti itu sudah memutuskan kerjasama dengan PKR.
Sultan Selangor memperkenan hasrat menteri besar untuk mengekalkan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Dalam satu kenyataan, baginda juga memperkenan mereka dikekalkan sehingga pilihan raya umum demi menjaga kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
Kedudukan tiga anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri itu menjadi topik hangat susulan pendirian PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada 11 Mei.
Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menerima tekanan untuk menggugurkan mereka bertiga, sementara PAS pula ingin terus mengekalkan jawatan tersebut.
PAS menyerahkan kedudukan tiga exconya pada kebijaksanaan sultan.
Baca seterusnya di Malay Mail Online