Sungai Tigris Dan Eufrat Semakin Kering, Iraq Harap Bantuan Antarabangsa

by Oh! Semput


15
SHARES
192
VIEWS
Posted on 23 Sep 2022 00:30:34

Iraq mungkin sebuah negara yang kaya dengan minyak, tetapi akibat daripada aktiviti manusia, perang dan perubahan iklim, ia telah mengakibatkan 2 sungai terpentingnya iaitu Sungai Tigris dan Sungai Eufrat mengering pada kadar mendadak sehingga memberi kesan kepada aktiviti ekonomi penduduk yang bergantung hidup dengannya.

Pemangku Menteri Alam Sekitar Iraq, Jassim Al-Falahi ketika berucap di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, negaranya kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah kemarau dan penggurunan (desertification) yang menjejaskan sehingga 39 peratus kawasannya sehingga menyebabkan 50 peratus tanah pertanian negara itu kehilangan keupayaan untuk menanam tanaman.

{suggest}

Keadaan itu diburukkan lagi dengan pembinaan beberapa empangan sehingga menyebabkan sumber perairan penting kepada 2 sungai utama Iraq iaitu Sungai Eufrat dan Sungai Tigris semakin kurang.

Kata Jassim lagi, negara itu akan mengalami defisit hidrologi sebanyak 10 bilion meter padu air menjelang 2035 nanti.

Foto di atas menunjukkan sebahagian daripada keadaan sungai Diyala yang kering di mana sungai tersebut merupakan anak sungai kepada Sungai Tigris.

Sehubungan itu, beliau berharap negaranya akan menerima sokongan antarabangsa untuk membiayai beberapa program yang telah dihuraikan oleh Kerajaannya untuk meningkatkan status Sungai Eufrat dan Sungai Tigris.

: UN Press, Al Jazeera

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts