Sunway Construction Raih Kontrak RM1 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data Johor

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 04 Aug 2026 11:00:16

Sunway Construction Group Berhad (SunCon), melalui anak syarikatnya Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), telah dianugerahkan kontrak bernilai sekitar RM1.02 bilion oleh sebuah syarikat teknologi multinasional dari Amerika Syarikat untuk pembangunan Pusat Data yang terletak di Johor, Malaysia.

Projek ini melibatkan kerja-kerja Mekanikal, Electrikal & Paip (MEP) dengan sasaran siap menjelang suku keempat 2027.

SunCon dalam satu kenyataan berkata, kontrak ini menambah kekuatan buku pesanan SunCon kepada RM10.4 bilion, selepas berjaya memperoleh RM5.8 bilion pesanan baharu tahun ini.

Walaupun terdapat risiko biasa dalam industri pembinaan seperti turun naik harga bahan, kepakaran SCSB dijangka mampu mengurangkan impak tersebut.

Dari segi kewangan, projek ini tidak memberi kesan segera kepada struktur saham atau EPS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, namun dijangka menyumbang positif kepada keuntungan bermula tahun ini.

{suggest}

Sunway Construction Raih Kontrak RM1 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data Johor WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts