Suspek curi kenderaan ditahan

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 15 Dec 2016 07:01:13

Oleh Nur Afiradina Arshad

[email protected]

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kes curi kenderaan sekitar Cheras di Jalan Taman Putra, Dagang Jaya dekat sini, semalam.

Suspek berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan Unit Peronda Polis MPV Ampang Jaya yang mengesan mereka menaiki kereta dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata anggota menghampiri kereta PERODUA Kancil dinaiki suspek dan meneliti nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

“Kereta itu dilaporkan hilang pada 30 November lalu.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dan dadah manakala suspek kedua pernah terbabit dalam penagihan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts