Amir Syazwan Juara Akademi Fantasia 2016

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 10 Oct 2016 01:00:49

juara akademi fantasia 2016Cover image via Astro Awani

Pelajar dari Selangor, Amir Syazwan Masdi, 20 tahun muncul sebagai juara Akademi Fantasia 2016 di Konsert Akhir yang berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan biasiswa pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Pemenang naib juara diraih oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Ammal Shafiq Osman dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Selangor, Kureshma Martin John Patrick (Reshma) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara itu, pelajar dari Negeri Sembilan, Ara memenangi tempat keempat dan Afi pelajar dari Sabah memenangi tempat kelima.

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016 disiarkan di saluran Astro RIA.

Baca lagi: Emy Pelajar Baru Akademi Fantasia 2016

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts