Sydney Harbour bermandi cahaya

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 31 Dec 2016 19:01:24

PEMANDANGAN sekitar Sydney Harbour yang bermandi cahaya sempena sambutan tahun baharu 2017.

SYDNEY: Pertunjukan bunga api besar-besaran mewarnai Sydney Harbour ketika bandar raya terbesar di Australia itu menyambut Tahun Baharu 2017.

Hampir 1.5 juta pengunjung menyaksikan pertunjukan itu di tepi pantai tengah malam tadi.

Terdahulu, Auckland di New Zealand menjadi bandar raya utama dunia yang pertama menyambut tahun baharu.

Kebanyakan bandar di seluruh dunia mengambil langkah keselamatan sempena Tahun Baharu, selepas tahun 2016 menyaksikan pengganas memandu lori dan merempuh pengunjung di Berlin, Jerman dan Nice, Perancis.

Beribu-ribu anggota polis tambahan dikerah bertugas di London dan bandar raya utama lain.

Sementara itu, di Paris, Madrid dan New York, penghadang konkrit dan kenderaan berat digunakan untuk mengawal bandar besar yang menjadi lokasi pengunjung berkumpul meraikan sambutan Tahun Baharu.

Pada tengah malam tadi, satu pertunjukan bunga api di Sydney Harbour diadakan bagi memberi penghormatan kepada penyanyi terkenal Prince dan David Bowie yang meninggal dunia tahun lepas.

“Tahun ini cukup menyedihkan di mana kami menyaksikan kehilangan ramai pemuzik dan penghibur legenda di seluruh dunia,” kata penganjur bersama pertunjukan bunga api, Catherine Flanagan. – Agensi

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts