by Oh! Semput
Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Serina Redzuawan akhirnya menamatkan zaman solonya apabila sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Aidid.
Menerusi laman Instagram, anak kepada cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan atau Chef Wan itu memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas pernikahan kali kedua berkenaan.
Menurut wanita berusia 38 tahun itu, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup kerana hanya mahu melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu.
Selain itu, Serina turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya yang merestui hubungan dia dan pilihan hatinya selain merancang untuk mengadakan majlis doa selamat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina serta mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Terdahulu, Serina bercerai dengan jejaka mat salih Gavin Edward O’luanaigh pada 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun.
: Instagram Serina Redzuawan