Tahniah! PTPTN raih pengiktirafan berprestij, 5 bintang cemerlang keselamatan perlindungan

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 20 Jun 2026 00:04:38

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2025 bersama penarafan 5 Bintang (Cemerlang) pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) serta Sistem e-Vetting 3.0, di sini, baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang turut menyaksikan PTPTN menerima Anugerah Perdana Keselamatan Perlindungan Tahun 2025.

alt

Pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai tahap pematuhan serta komitmen tinggi PTPTN dalam memperkukuh aspek keselamatan perlindungan, pengurusan maklumat dan tadbir urus organisasi.

Penilaian melibatkan 118 agensi menyaksikan 50 daripadanya memperoleh penarafan 5 bintang, manakala hanya enam agensi terbaik dengan skor tertinggi dipilih menerima Anugerah Perdana Keselamatan Perlindungan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pencapaian tersebut mencerminkan usaha berterusan warga kerja dalam memastikan tahap integriti dan pematuhan sentiasa berada pada standard terbaik.

“Setiap warga PTPTN memainkan peranan penting dalam memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme dan disiplin tinggi,” katanya dalam kenyataan.

alt

Beliau berkata, PTPTN akan terus memperkukuh aspek keselamatan perlindungan melalui penggunaan teknologi digital, penambahbaikan sistem serta pengukuhan tadbir urus organisasi.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan aset, maklumat serta kepentingan organisasi terus dilindungi di samping meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

PTPTN yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuh kepercayaan pihak berkepentingan terhadap pengurusan organisasi.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts