Tahniah! Ben Amir selamat bergelar suami, sudah bernikah sejak Disember 2025

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 18 Jan 2026 00:04:35

Pelakon, Ben Amir selamat bergelar suami apabila memaklumkan khabar gembira tersebut di media sosial miliknya setelah beberapa hari memberi bayangan tentang hari bahagiannya.

Ben Amir sudah menikah sejak Disember 2025

Menerusi perkongsian Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, dia dan pasangan sudah bergelar suami isteri sejak Disember 2025 lagi dan meluahkan rasa syukur diatas mahligai yang mereka bina.

“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.

Ben Amir ucap terima kasih

Dalam pada itu, pelakon filem Gantung The Movie ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa yang baik buat mereka berdua.

Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” tulisnya lagi.

Tahniah bro!

Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga para peminat yang setia mengikuti perjalanan seni aktor terbabit.

Dia yang sebelum ini sempat memuat naik beberapa gambar pre-wedding seakan memberi bayangan bahawa sedang berada dalam fasa yang cukup bahagia dengan pilihan hatinya yang merupakan wanita berasal dari Filipina.

ben amir

Alhamdulillah, tahniah Ben dan pasangan

alt

Semoga bahagia hingga ke syurga

alt

Artikel lain: Baru peluk Islam, kekasih Ben Amir sudah ditegur netizen – “Dedah aurat, tak baik”

Terdahulu, Ben telah berkongsi momen sewaktu pilihan hatinya, Maiya atau nama Islamnya Liana Alara.

Semoga perkahwinan yang dibina terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

: Instagram benamirr

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts