“Takkan Nak ‘Expect’ Saya Ketuk Pintu Rumah Dia” – Khairul Aming Jawab Dakwaan Tak Peduli Isu ‘Scalper’

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 03:01:14

Siapa sahaja yang tidak mengenali Sambal Nyet keluaran pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming. Produk sambal tersebut sememangnya mempunyai peminat tersendiri, malah sambutan terhadap Sambal Nyet Bilis juga dikatakan luar biasa sejak diperkenalkan.

Namun, di sebalik permintaan tinggi dan produk yang sering habis dalam tempoh beberapa minit, timbul pula isu scalper Sambal Nyet yang didakwa membeli dalam kuantiti banyak sebelum menjualnya semula pada harga lebih tinggi.

Advertisement

Pembeli kecewa Sambal Nyet Bilis dijual semula RM25

Baru-baru ini, seorang pengguna di Threads meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan individu yang membeli Sambal Nyet Bilis untuk dijual semula.

khairul aming

Menurut pengguna berkenaan, harga Sambal Nyet Bilis yang dijual oleh scalper boleh mencecah RM25 sebotol, sekali gus menyebabkan pembeli yang mahu mendapatkan produk pada harga asal berasa kecewa.

Malah, individu tersebut turut mempersoalkan sama ada Khairul Aming menyedari perkara berkenaan atau sekadar membiarkannya berlaku.

“Khairul Aming tak perasan atau sekadar tak peduli? Ya, memang selagi ada permintaan pasti wujud scalper.

Tapi ini sudah melampau,”

Luahan tersebut kemudiannya mendapat perhatian Khairul Aming sendiri.

“Sambal tu dah dekat tangan dia, apa saya boleh buat”

Menjawab teguran berkenaan, Khairul Aming menjelaskan bahawa pihaknya tidak boleh mengawal apa yang dilakukan pembeli selepas produk tersebut sudah dibeli dan berada di tangan mereka.

KA

“Sambal tu dah dekat tangan dia, apa saya boleh buat. Takkan saya nak pergi ketuk pintu rumah dia. Saya tak kenal pun siapa yang jual balik tu,”

Khairul Aming turut meminta individu yang mengkritik isu tersebut supaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

“Tolong beritahu saya apa yang boleh dibuat, kemudian saya akan gunakan penyelesaian anda,”

Isu scalper Sambal Nyet Bilis ini sekali lagi menunjukkan cabaran yang boleh berlaku apabila sesuatu produk mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KK
2026-08-24 16:39:02

"Siapa Suruh Diet Zero Salt, Sugar Tu Kau Minum Je Air Paip" - Perkongsian Selamba Diet Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

“Takkan Nak ‘Expect’ Saya Ketuk Pintu Rumah Dia” – Khairul Aming Jawab Dakwaan Tak Peduli Isu ‘Scalper’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts