by Oh! Semput
18 FEB: Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris mangsa nahas yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi.
“Baca berita tadi mengenai lapan remaja dan kanak-kanak yang maut akibat dirempuh kenderaan di Johor pagi tadi. Amat menyedihkan. Takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi tweet dalam akaun Twitter rasminya, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, lapan remaja maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.