Tampil Berniqab, Natasha Hudson Dipuji Peminat

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 04:00:25

PENAMPILAN baharu bekas model Natasha Hudson menerima kritikan positif daripada peminatnya dan pengguna laman sesawang.

Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson mencuri perhatian netizen apabila fesyen terbaharunya berniqab yang dimuat naik menerusi Instagram peribadinya.

Gambar yang dikongsi itu memaparkan Natasha mengenakan niqap berwarna hitam sambil memeluk sebuah buku berwarna merah bersama kapsyen berbunyi;

“I may not have Dunya wealth, but I have a hidden treasure box so valuable filled with books that are gems to me. I could drown in the ocean of knowledge. Where do we think we are heading if we don’t make time to absorb all these Ilm available to beautify our hearts and polish our souls,” tulisnya.

Menerusi status yang dikongsi itu, Natasha juga menzahirkan bertapa dia ‘lemas’ dalam lautan ilmu yang mampu menyucikan hati dan mendidik jiwanya.

Tampil Berniqab, Natasha Hudson Dipuji Peminat

Tampil Berniqab, Natasha Hudson Dipuji Peminat

Tampil Berniqab, Natasha Hudson Dipuji Peminat

Disamping itu, Natasha juga menggambarkan sebuah buku dengan muka depannya wanita-wanita memakai niqab hitam sebagai buku kegemarannya yang tidak jemu-jemu dibaca.

“My ninja’s, you’ve inspired me. A book I could read over & over again.”

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial gembira dengan perubahan itu.

Malah ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya supaya terus istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan. -MYNEWSHUB.CC

foto: IG Natasha Hudson

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts