Tangani dgn Bijak Pandangan Anak Muda Di Media Sosial

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 04:00:21

TAWAU: Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan mengingatkan parti agar bijak menangani pandangan anak muda di media sosial.

Ketuanya, Andi Muhd Suryady Bandi berkata sama ada pandangan itu berasas atau tidak perlu ditangani secara bijaksana kerana perkara itu adalah mewakili suara akar umbi.

“Mungkin kita beranggapan pandangan anak muda itu hanyalah suara minoriti, namun jangan lupa mereka kini adalah khalayak majoriti di negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya generasi muda semakin selesa melontarkan pandangan menerusi alam maya khususnya di media sosial.

“Untuk itu komitmen jentera sayap-sayap parti ditagih untuk bekerja keras menangani isu-isu di alam maya dan nyata, demi kelangsungan menjuarai hati rakyat,” katanya.

Susulan itu, Andi berkata strategi ‘serampang dua mata’ perlu dipelbagaikan dari segenap penjuru termasuk penggunaan media sosial.

“Menjadi kerugian jika parti mengetepikan peralihan zaman yang sepatutnya dimanfaatkan,” katanya.

Namun, katanya strategi UMNO mesti diperhalusi dengan cermat supaya pendekatan yang diambil ‘tidak memulangkan paku buah keras’.

Sementara itu, beliau berkata langkah turun padang dan usaha mencari penyelesaian isu-isu rakyat perlu dilakukan berterusan demi menampilkan integriti dan kredibiliti parti.

“Ini termasuk hala tuju kepimpinan sekarang ke arah visi Transformasi Nasional (TN) 50 dan adalah menjadi tanggungjawab kita menerangkan kepada rakyat yang masih keliru, mengenai perkara yang menjadi dasar perjuangan kita,” katanya.

Dalam pada itu, katanya adalah sentiasa menjadi fokus kerajaan untuk meningkatkan kemudahan asas dan menjana ekonomi di Sabah kerana itu merupakan isu hakiki di negeri ini.

“Pembangunan seimbang mencakupi aspek kemajuan teknologi dan ekonomi perlu seiring dengan kebajikan sosial rakyat sebagai kumpulan kepentingan utama,” katanya. — Bernama


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts