Tune Talk Tawarkan Kemudahan E‑Roaming Percuma Di Arab Saudi Untuk Pelan Terpilih

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 03 Aug 2026 14:00:48

Tune Talk telah memperkenalkan kemudahan E‑Roaming percuma khusus untuk jemaah Haji dan Umrah. Inisiatif ini membolehkan pelan terpilih menggunakan data internet sedia ada di Arab Saudi tanpa sebarang caj tambahan sekali gus memudahkan jemaah kekal berhubung dengan keluarga dan sahabat sepanjang berada di Tanah Suci.

Kemudahan ini ditawarkan kepada pelan Epik+ 50, Epik+ Family, Epik+ Family Safe, Epik+ 35 dengan langganan melebihi enam bulan, serta Epik+ 28 juga dengan langganan melebihi enam bulan. Perkhidmatan ini akan aktif secara automatik sebaik sahaja tiba di Arab Saudi, tanpa memerlukan pas perayauan atau kod pengaktifan.

Setiap pelan yang berdaftar dengan kad pengenalan berhak menerima satu bulan E‑Roaming percuma di Arab Saudi. Bagi pelan yang belum mencapai tempoh langganan minimum, kemudahan ini boleh dilanggan sebagai pilihan tambahan berbayar. Untuk maklumat lanjut mengenai E‑Roaming, sila layari laman web rasmi Tune Talk.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts