TCMex 2026 Bakal Berlangsung Di MITEC, Tawar Konsultasi Perubatan Tradisional Secara Percuma!

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 13:31:04

Buat anda yang berminat dengan perubatan tradisional, penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan terkini, Pameran Antarabangsa Perubatan Tradisional, Komplementari dan Teknologi Kesihatan Malaysia 2026 (TCMex 2026) bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November ini.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu bakal menghimpunkan pengamal perubatan tradisional, profesional kesihatan, pembekal produk serta syarikat teknologi dari dalam dan luar negara.

Advertisement

Menariknya, pameran selama tiga hari itu turut menawarkan pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu dan sesi konsultasi perubatan tradisional Cina secara percuma kepada pengunjung.

Apa Itu TCMex 2026?

Bertemakan Memacu Kesihatan Global Melalui Tradisi dan Inovasi, TCMex 2026 mengetengahkan perkembangan bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang semakin berkembang seiring kemajuan penyelidikan serta teknologi kesihatan.

tcm

Pengunjung berpeluang mengenali pelbagai produk dan penyelesaian kesihatan termasuk suplemen, pemakanan fungsian, peralatan perubatan tradisional, terapi kesejahteraan serta produk hijau dan organik.

Selain itu, pameran tersebut turut memperkenalkan konsep Homologi Perubatan-Makanan yang mengetengahkan hubungan antara sumber makanan dan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional.

Pempamer dari China, Singapura, Macau, Korea Selatan dan beberapa negara lain juga dijangka mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

TCMex 2026 turut berlangsung serentak dengan China TCM Health Services Expo 2026 (TCMHS) bagi membuka peluang kerjasama antara syarikat tempatan dan pemain industri kesihatan antarabangsa.

Tarikan TCMex 2026 Yang Menanti Pengunjung

Antara tarikan utama TCMex 2026 ialah tiga zon khas yang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Zon Digital Healthcare Innovation bakal mengetengahkan penggunaan teknologi digital dalam bidang kesihatan, termasuk inovasi yang berpotensi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan.

tc

Sementara itu, Medicine-Food Homology Experience Zone memberi peluang kepada pengunjung mengenali konsep makanan dan perubatan tradisional menerusi pelbagai campuran teh herba daripada bunga, buah-buahan serta tumbuhan terpilih.

Paling menarik, pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi percuma daripada pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang berlesen dan profesional menerusi TCM Charity Consultation Zone.

Apa Pengunjung Boleh Buat Di TCMex 2026?

Bukan sekadar melihat produk, pengunjung turut berpeluang menimba ilmu menerusi program TCMexTalk yang menampilkan pelbagai topik berkaitan kesihatan.

hjh

Antara perkara yang bakal dibincangkan termasuk usaha mewariskan ilmu perubatan tradisional Cina kepada generasi muda, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam amalan perubatan tradisional serta perkembangan penyelidikan kesihatan.

Dalam masa sama, Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2026 turut dianjurkan bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Persekutuan Persatuan Tabib dan Pedagang Ubat Tionghua Malaysia.

Persidangan selama dua hari itu akan membincangkan pelbagai isu berkaitan dasar, kawal selia, penyelidikan, perdagangan antarabangsa serta pendekatan kesihatan holistik.

Acara tersebut juga menyediakan platform padanan perniagaan untuk membolehkan pemain industri meneroka potensi kerjasama baharu.

Kemasukan TCMex 2026 percuma, daftar sekarang!

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang perubatan tradisional, farmasi, pengedaran produk kesihatan, hospital atau teknologi penjagaan kesihatan, TCMex 2026 boleh menjadi platform untuk meneroka produk dan peluang perniagaan baharu.

Pengunjung yang berminat boleh membuat pendaftaran awal melalui pautan pendaftaran TCMex 2026.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meneroka perkembangan perubatan tradisional dan teknologi kesihatan moden, semuanya di bawah satu bumbung!

Selain itu, kqmi kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-11-19 17:52:13

“Oh My Kawan” - Sasi The Don, Awie Bergabung Hasilkan Lagu Persahabatan Bersama Proton e.MAS

TCMex 2026 Bakal Berlangsung Di MITEC, Tawar Konsultasi Perubatan Tradisional Secara Percuma! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts