by Oh! Semput
CERN kini disertai syarikat teknologi perkakasan komputer dari Britain, Signaloid bertujuan menguji dan mengintegrasikan teknologi pengkomputeran kebarangkalian UxHw® milik Signaloid ke dalam makmal terbuka (openlab) Heterogeneous Architectures Testbed (HAT) di CERN.
Ia bagi menyokong keperluan pengkomputeran gergasi untuk projek High-Luminosity Large Hadron Collider (HiLumi LHC) yang akan datang.

Berbanding sistem biasa, teknologi UxHw® membolehkan pengiraan dilakukan terus pada taburan kebarangkalian tanpa memerlukan pensampelan berulang.
Ujian awal menunjukkan teknologi ini mampu meningkatkan kelajuan pengkomputeran sehingga 2,000 kali ganda dalam pelbagai bidang termasuk fizik, kewangan, reka bentuk cip, dan robotik.
Menurut Ketua Pegawai Teknologi CERN, Maria Girone, pendekatan seni bina teragih ini amat kritikal bagi mendepani cabaran pemprosesan data fizik zarah pada masa hadapan.
Usaha sama ini dijalankan ketika organisasi penyelidikan di seluruh dunia semakin banyak menggunakan beraneka seni bina pengkomputeran yang menggabungkan CPU, GPU, dan pemecut khusus untuk mengendalikan beban kerja yang berat dengan lebih cekap.
{suggest}
CERN Uji Teknologi Baharu Yang Mampu Tingkatkan Kelajuan Pengkomputeran Sehingga 2,000 Kali Ganda WISER.MY.