Pra-tempahan Sennheiser Accentum Clip Kini Dibuka Pada Harga RM999

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 24 Aug 2026 14:00:58

Bersama-sama dengan pengumuman pra-tempahan fon telinga TWS Sennheiser Momentum True Wireless 5 yang akan dibuka pada 27 Ogos ini, Sennheiser juga mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk fon telinga berbentuk subang Sennheiser Accentum Clip telah bermula pada hari ini.

Fon telinga Sennheiser Accentum Clip dilengkapi pemandu audio 12mm yang menurut Sennheiser menawarkan treble yang lancar serta bass yang berkuasa. Setiap subang diperbuat daripada plastik dengan bahagian sambungan daripada bahan silikon. Walaupun daripada jenis subang, Accentum Clip masih mempunyai sistem pembatalan hingar.

Setiap satunya seberat 6.8g dan melepasi piawaian kalis air serta debu IP54. Terdapat pad sesentuh untuk mengawal kelantangan audio, menjadi muzik dan menjawab panggilan telefon. Ia juga menawarkan hayat penggunaan sehingga 9 jam atau sehingga 36 jam lagi menerusi pod simpanan.

Sambungan dilakukan menerusi Bluetooth 6.0 dengan sokongan codec SBC, AAC dan LDAC disamping audio resolusi Hi-Res. Pada peranti Android tambatan mudah menerusi Google Fast Pair disokong bersama dengan sokongan ditambat kepada lebih daripada satu peranti serentak.

Seperti yang kami katakan, pra-tempahan untuk Sennheiser Accentum Clip sudahpun dibuka melalui laman web rasmi Sennheiser Malaysia dan pengedar rasmi Sennheiser pada harga RM999. Jualan terbuka akan bermula pada 28 Ogos ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts