Pra-tempahan Tempatan MSI Prestige N16 Flip AI+ Dibuka Dengan Harga Mencecah RM30,699

by Oh! Semput


1
SHARES
16
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 10:30:39

Pada awal bulan ini, NVIDIA telah memperlihatkan sejumlah penawaran komputer riba yang dikuasakan oleh platform cip pemprosesan NVIDIA RTX Spark mereka, yang menggabungkan pemproses Arm dengan cip grafik NVIDIA untuk kemampuan pemprosesan inferens AI dan gaming yang cukup hebat.

Salah satu daripada komputer riba tersebut ialah MSI Prestige N16 Flip AI+, iaitu sebuah komputer riba boleh-lipat yang tampil dikuasakan oleh cip pemprosesan NVIDIA RTX Spark N1X dengan kemampuan pemprosesan 1 Petaflop dan pilihan memori LPDDR5X sebanyak 64GB dan juga 128GB bergantung kepada keperluan pengguna.

Komputer riba ini juga hadir dengan dua pilihan paparan 16 inci, dimana model 128GB hadir dengan skrin Tandem OLED bersaiz 16 inci dengan resolusi 3840×2400 pixel dengan kadar segar semula 120Hz, manakala model 64GB hadir dengan skrin OLED beresolusi 2880×1800 pixel dengan kadar segar semula yang sama.

Dari segi palam, MSI Prestige N16 Flip AI+ hadir dengan dua palam USB 4.0 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1, satu palam audio 3.5mm dan satu pembaca kad SD. Ia juga tampil dengan sokongan sambungan nirwayar WIFI7 dan Bluetooth 5.4. Ia juga dilengkapi dengan aksesori pena stylus MSI Nano Pen yang membolehkan anda mengambil nota ataupun melukis dengan mudah apabila komputer riba ini digunakan dalam mod tablet.

MSI Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model komputer riba ini bermula hari ini pada harga berikut:

  • MSI Prestige N16 Flip AI+ (NVIDIA RTX Spark N1X, 1TB, 64GB LPDDR5X) – RM19,699
  • MSI Prestige N16 Flip AI+ (NVIDIA RTX Spark N1X, 2TB, 128GB LPDDR5X) – RM30,699

Setelah fasa pra-tempahan berakhir, komputer riba ini akan mula dijual pada penghujung bulan Oktober 2026. Setiap pembelian komputer riba ini juga akan hadir dengan sebuah beg galas MSI Essential Backpack II dan langganan Microsoft Office 365 selama setahun.

: MSI Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts