5 Tempat Menarik Di Langkawi

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 10 Oct 2016 22:00:27



Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Langkawi, Sudah pasti anda mencari tempat menarik untuk dilawati semasa anda berada di sana.

Kami telah menyediakan senarai 10 tempat menarik di Langkawi berserta dengan sedikit maklumat berkaitan Tempat, Harga Tiket, dan Waktu Operasi bagi memudahkan anda merancang percutian anda ke Pulau Langkawi.


1. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan.

Siapa Mahsuri ?

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .


Anda juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.

Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan jika anda ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan anda, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya.

Harga Tiket :

Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Tel : +60 4-955 6055

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

2. Kereta Kabel Langkawi


angan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit.

Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.

Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.

Harga Tiket :

Dewasa : RM30 (Berserta Mykad)
Kanak-Kanak: RM22 (Berserta Mykad)
Waktu Operasi: 9.30 am – 7.00 pm

Tel : +60 4-959 4225

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

3. Jambatan Udara Langkawi


Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.

Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Anda perlu menaiki Cable Car jika anda hendak ke Jambatan Udara tersebut.

Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car

Waktu Operasi : Isnin – Khamis (10 am – 6 pm) | Jumaat – Ahad (9.30 am – 7.00 pm)

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

4. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.

Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

Waktu Makan Haiwan Setiap Hari

African Penguin (11.00 am – 2.45 pm)
Rockhopper Penguin (11.15 am – 3.00 pm)
Furseal (2.30 pm)
Tunnel Tank (3.30 pm)
Harga Tiket :

Dewasa – RM43
Kanak-kanak – RM33
Warga Emas – RM26
Waktu Operasi : Hari Biasa (10 am – 6 pm) | Cuti Umum (9.30 am – 6.30 pm)

No Tel : +604 955 6100 | +604 959 1357

Lokasi : Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Langkawi

5. Air Terjun Telaga Tujuh


Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau anda berani boleh panjat ke atas air terjun ini.

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.

Anda boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.

Harga : Percuma

Waktu Operasi : Setiap Hari

No Tel : +604 966 7789

Lokasi : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village




SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts